3 Sebab kenapa Fiza masih setia dengan Dermags - Dermags Skin Solution
3-Perkara-Setia-dengan-Dermags

3 Sebab kenapa Fiza masih setia dengan Dermags

Haritu jumpa kawan,,dia tanya,,

Kawan: Fiza ko buat apa aa sekarang?
Fiza: jual Dermags,, pendek jer jawapan..hihi
Kawan: Tak silap aku dah lama kan ko jual produk tu?
Fiza: haah dari 2016,,dah dekat 5 tahun dah,,huhu
Kawan: setia betul ko dengan produk tu eh,,tak nak try jual produk lain ke?
Fiza: Belum jumpa mood lagilah
Kawan: Oo okay

Kawan tu pun bukak topik lain,,malas dia nak promo produk lain,,sbb dia tahu Fiza jenis liat sikit nak jual-jual ni jika tak kena dengan jiwa..hihi

Yup betul,,Fiza start jual Dermags dari 2016 lagi..rasanya setakat ni,,ni jer produk yang Fiza tahan lama sikit. Biar Fiza bagitau sebabnya yer,,ni bukan nak sembang pasal kelebihan produk Dermags ni tau,,yer semua orang dah tahu dah produk Dermags ni antara produk yang bagus di Malaysia ni, produk RnD dan sebagainya,,korang pun dah boring bila orang cerita pasal kelebihan produk kan,,tak kisahlaa apa produk pun.

Fiza nak cerita ni sebab lain. Ni antara 3 sebab yang Fiza rasa yang membuatkan Fiza masih setia dengan Dermags.

1. Kawalan Harga dan Promosi

Ni adalah antara faktor yang Fiza rasa paling utama sekali. HQ kawal harga jualan dan promosi.

Sebab apa Fiza rasa dua benda ni (harga dan promosi) ni sangat penting untuk dikawal oleh HQ/founder? Jika korang nak tau Fiza start Dermags dengan jadi Dropship yer. Yerlah jadi dropship berapalah komisyen yang kita dapat kan. Mana-mana produk pun sama. Bolehlaa cukup untuk belanja-belanja diri sendiri.

Jadi bayangkan, jika ada someone yang ada modal besar, nak jadi jerung besar,,terus restock produk banyak,,tapi dia jual murah sesuka hati dia atau dia buat promosi sendiri bagi free gift melampau-lampau macam contoh beli 1 Cleanser dapat loket emas,,atau buy 1 free 1,,wow,,siapa taknak kan,,, kalau itu berlaku, jadi pishanglaa dropship mcm Fiza ni atau seller lain yang tak mampu nak bagi free gift macam tu,,,tak boleh cari makan,,huhu,,dah semua jerung dah makan,,bilis nak makan apa.

Di dalam Dermags,, Fiza tak nampak ada jerung,, pihak HQ kawal ketat harga jualan dan juga promosi. Bermaksud seller tak boleh sesuka hati naikkan harga atau turunkan harga (buat diskaun sendiri).. tak kiralah kau dropship ke, stokis ke, hatta kau distributor sekalipun, kau kena jual dengan harga jualan yang ditetapkan oleh HQ. Jadi customer jangan bimbang atau berasa kalau beli dengan stokis lagi dapat murah kut dari dropship , atau beli dengan dekat HQ lagi murah kut,, TAK,JANGAN HARAP lah,, sama jer harganya,,huhu

Begitu juga dengan promosi,,HQ Dermags melarang sama sekali seller sesuka hati buat diskaun, atau free gift yang melampau-lampau macam contoh tadi semata-mata untuk tarik customer,,sebarang promosi yang HQ hendak buat, HQ sendiri akan keluarkan memo bertulis kepada seller-seller lain.

Jadi bila ada aduan kepada HQ dari seller lain yang mengatakan kau buang harga ke,buat promosi sendiri ke,,abislaa kau siap-siap untuk diterminate terus oleh HQ,,gulp..

Sebab tu Fiza rasa selamat dan semangat sikit jadi dropship Dermags.

2. Ada rekod yang bersistem

Dalam Dermags,, HQ dah siapkan sistem rekod secara online untuk memudahkan seller merekod jualan. Semua seller wajib masukkan (keyin) rekod customer, jualan, restock yang dia buat haritu. Alaah sistem simple jer tak perlu canggih atau complicated sangat,,yang penting ada. Jadi bila ada sistem database macam ni senang bagi seller nak tau berapa dia dah buat sales untuk bulan tersebut. HQ pun senang nak pantau performance sales seller,, Customer pun senang boleh tau berapa point yang dia dah dapat. Jika tak tau lagi pasal point klik entry ini.

Jadi senang kan,,tak perlu laa kita sendiri nak pening-pening buat excell lah , buat rekod sendiri lah,,benda dah ada HQ bagi,,guna jer. Jadi Fiza rasa Fiza bagi credit pada HQ Dermags bab sistem ni. Tak semua founder produk boleh sediakan benda ni kut.

3. Kerja berjemaah

Konsep berjemaah yang Fiza rasa best disini ialah,, dalam Dermags kitarang ada group wasap tau yang mana HQ dan Dr Mariani (founder) sendiri ada dalam tu sekali,,dah macam member dah dalam group tu,,apa-apa hal tak faham boleh tanya terus dan Dr Mariani pun layankan ajer..kalau dia tak jawab orang lain jawabkan..so kau tak keseorangan.

Lagi satu Fiza suka konsep kerja di Dermags lebih kepada Man Jadda Wajada. Siapa usaha lebih dia dapat lebih. Sekiranya besar usahanya atas usaha sendiri bukan atas usaha yg lain. Tiada istilah cari orang bawah dan kebawah lagi..hihi

Okaylah itu jer Fiza rasa yang buatkan Fiza still setia dengan Dermags, dan jika korang rasa nak join dropship Dermags,,boleh jer…tapi make sure kau sendiri betul-betul nak join, tak pemalu, rajin cari ilmu dan rajin cari income lebih, suka bertanya, tak perlu disuap,,, jika ada ciri macam tu klik – wasap Fiza

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *