Testimoni Dermags kali ini menceritakan pengalaman dan kesabaran pengguna Dermags dalam mengembalikan kecantikan beliau.
Hi,, Fiza sebenarnya tidaklah berapa suka sangat untuk post berkenaan testimoni-testimoni customer yang banyak kali Fiza dapat. Banyak kali jugalah orang lain cakap kenapa kau tak post kat socmed.. testimoni kan bagus ,,orang makin yakin. Yup betul, tak dinafikan tapi Fiza tak minat,,hihi,,biarlah pengguna sendiri yang rasa dan jika ia bagus untuk beliau dia sendiri yang akan promot pada orang lain.
Cuma customer sorang ni, tak tau kenapa Fiza rasa teruja nak tulis sikit pengalaman dia dengan Dermags. Beliau adalah Puan R dari negeri P. Berikut adalah perbualan wasap dengan dia
Puan R: Salam sis, saya ada masalah jerawat lah. Muka naik jerawat pasir dan bernanah+parut sis. Blh dikatakn seluruh muka la jerawat pasir…..
Fiza: Waalaikumsalam. Oo yer ker.. Ada apa2 pakai produk sebelum ni?
Puan R: Sebelum ni saya pakai produk A (lama tak ingat), B (2 tahun)dan C (7 bulan) dan sekarang saya pakai produk X (4 bulan). Lepas pakai produk X terus jadi macam ni.. kadang2 bernanah sis… Kiri kanan pp n atas dahi jerawat pasir penuh…So mcm mane sis….Bantu saya….
Dalam hati Fiza,,ahh sudah,, kes berat ni. Salah pakai produk rasanya ni. Kulit mukanya for sure dah sensitive dan mungkin agak menipis.
Fiza cuma cadangkan pada dia guna dua item ni sahaja. Cleanser dan Deep Cleansing Cream (DCC). Suruh dia buat teknik double cleansing siang sekali malam sekali. Masa tu Sabun Jerawat Dermags tak wujud lagi.
Dalam masa tu Fiza suruh dia stopkan dulu produk yang ada, stop guna foundation, stop makeup sekejap, stop serum, stop toner yang dia ada. Just fokus bersihkan muka sahaja. Puan R tak banyak tanya lagi dan terus jer bayar.
Testimoni Dermags: Selang 5 hari
Puan R send gambar dia dan kali ni dia agak ceria sikit
Fiza: Wow Puan R,,nampak macam dah kurang banyak ni ?
Dalam hati,,cepatnya surut. Biar betul
Puan R: Alhamdulillah surut jerawat nanah…kering…Tggl parut je 2..Jerawat pasir slow2 kecut….
Fiza: Alhamdulillah, tahniah,,teruskan rutin cuci muka macam biasa..
Fiza lega, dan Puan R juga happy
Selang 2 minggu
Puan R send lagi gambarnya
Kali ni berita tak best sikit. Jerawatnya naik semula, malah banyak juga
Puan R: Assalamualaikum sis…Muka arini sis…ada kering tepi pipi….atas mulut tumbuh semula jerawat benanah…..
Fiza: Keep going cuci muka dan jaga makan yer…elakkan gula (makanan manis, minuman), minum air kosong secukupnya, tidur awal
Kurangkan gula boleh meningkatkan kesihatan kulit dan tidur awal dan tidur secukupnya boleh mengurangkan stress. Jerawat suka orang stress..hihi
Fiza: Berbanding yg sebelum ni apa yg Puan R rasa? Ada perubahan positif tak..Atau ada rasa tak selesa ker macam mana?
Puan R: Beransur pulih…kene sabar….ada yang dah kering jerawat pasir….Hampir seluruh muka kena makan masa….Biasa la perempuan hormon tak stabil kn….he3
Dan bermulalah episode jerawat Puan R kejap naik kejap surut dan hampir setiap minggu jugaklah Puan R akan wasap Fiza update gambar muka beliau..hihi
Fiza hanya suruh dia jaga makan macam tadi dan kurangkan ke tempat berhabuk.
Selepas 2 bulan
Selang 2 bulan atau lebih tepat lagi 72 hari ( Puan R siap kira tau,,hihi) nampak jerawatnya makin pulih,,kulit makin sihat,,banyak jerawat dah surut walaupun ada satu dua yg masih degil susah nak kecut. Rasanya jerawat dalamanny semua dah keluar.. hampir habis
Selama 72 hari ni dia tiada guna item lain,, Puan R istiqomah guna Cleanser sahaja dan DCC sikit,,then dia wasap
Puan R: Assalamualaikum sis…whats next step?
Puan R: Waalaikumsalam,,Puan R dah hampir dua bulan lebih guna Dermags,,tempoh bertenang yang agak lama juga,,rasanya kulit tu dah serasi dengan Alpha Mags. Boleh cuba apply serum dan toner untuk baiki cell-cell kulit dalaman. Tapi pakai sikit jer tau, calit sikit jer,,sehari sekali jer pakai,, waktu malam,,siang tak payah
Puan R: Okay
Serum ni kandungan Alpha Magsnya kuat sikit berbanding Cleanser. Dia rawat hingga ke lapisan bawah kulit (dermis). Menggalakkan penghasilan kolagen dan menggalakkan cell kulit baru. Sajer Fiza tak bagi dia guna serum awal-awal, takut nanti kulitnya tak ready lagi dan keluarkan jerawat tu secara agresif (breakout)..
Toner tu pulak untuk mengawal penghasilan sebum (minyak) dan mengecilkan liang- liang pori
Petang tu Puan R sambar 3 item
Cleanser , Serum, Toner
Selepas seminggu pakai serum
Fiza: Assalamualaikum,,macamana sekarang,,apa pengalaman pakai serum dan toner?
Puan R: Baru pakai 4x pakai…alhamdulillah…..semua jerawat mkin surut….ringan sangat,, muka,wangi….walaupun ada seketul dua jerawat yang degil lagi,,Proses pemulihan….alhamdulillah….serasi….syukur….
Fiza lega
Selepas Setahun
Puan R update gambar terbaru beliau,,gambar full,,kini sudah tidak malu-malu lagi nak send gambar,,cantik dan ploles.. Alhamdulilah,, dan saya tanya dia apa yang buat dia kuat untuk kembali cantik dan ini jawapan beliau
Puan R: Banyak-banyak sabar, yang penting…yakin….niat bio betul dan doa yang penting….
Fiza: Minta izin yer saya sharekan gambar untuk semangat pada yang lain
Puan R: Silakan
Selepas setahun guna Dermags, Cantik tak?
Kesimpulan
Kulit Puan R serasi dengan Dermags,, alhamdulillah,,tapi sebelum jumpa Dermags dia dah guna pelbagai produk dalam tempoh yang lama walaupun rasa tak serasi,,yup salah produk dan bila kami google memang tak lulus KKM pun produk tu,,ada yang ada chemical merbahaya,,be carefull.
tapi Fiza nak ingatkan yer,, kulit kita kita sahaja yang faham,,konsep Fiza mudah,,jika serasi keep going jika tak serasi cari yang lain,,simple
Saya memang pengguna DERMAGs sejak Jun 2020. Alhamdulillah. Masih dalam proses recovery sebab before pakai DERMAGs memang tak pernah pun pakai apa². Scar Corrector Serum merupakan item yg paling saya suka selain cleanser, cepat resap & kulit memang berbeza lah lepas pakai walaupun parut² jerawat masih ada, tapi kulit tu rasa beza sangat.
Alhamdulilah Tahniah dan teruskan