UV-Protection

3 Produk Dermags untuk melindungi kulit daripada sinaran UV matahari

Terdapat 3 produk Dermags untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV matahari iaitu BB Cushion SPF50 PA +++ , Refining Cream SPF 50 PA+  dan  Loose Powder SPF 15. Sebelum kita mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga produk ini, adalah lebih baik kita mengetahui dahulu berkenaan dengan sinar UV yang dihasilkan oleh matahari. Kita belajar sains sikit lah yer

Sinar Elektromagnet

Sedar atau tidak kita hidup ini sebenarnya dikelilingi dengan tenaga cahaya matahari. Matahari mengeluarkan tenaga ini dalam satu paket kecil yang dipanggil foton (photons). Foton ini bergerak dalam bentuk gelombang dan membentuk gelombang sinaran Elektromagnet , Electromagnetic Radiation (EMR).

Gelombang EMR ini bergerak dengan kelajuan yang sama iaitu kelajuan cahaya (dalam keadaan vakum) tetapi ia mempunyai panjang gelombang yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah tenaga yang dibawa. Panjang gelombang yang pendek mengandungi tenaga yang banyak dan panjang gelombang yang panjang mengandungi tenaga yang sedikit. Namun begitu tidak semua tenaga ini berjaya sampai ke bumi. Kajian menunjukkan jumlah tenaga yang paling banyak daripada matahari adalah dari julat sinar Infrared ke sinar UV

EMR yang terhasil daripada matahari – sumber gambar Google

Komponen dalam EMR ni terdiri daripada medan elektrik dan medan magnet. EMR ini ada yang kita boleh nampak dan kebanyakkannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Oleh kerana ada panjang gelombangnya yang berbeza dan ia memberikan kesan yang berbeza, saintis telahpun mengukur dari yang paling panjang dan paling pendek lalu diklasifikasikan dalam bentuk spektrum, Electromagnetic Spectrum (EMS) supaya mudah untuk dikenali.

Contohnya seperti cahaya boleh nampak (visible light), iaitu gelombang cahaya yang boleh dilihat dengan mata manusia. Julat panjang gelombangnya antara 700nm (red) – 400nm (violet). Pernah kan kelas sains di sekolah dulu hasil warna pelangi daripada prisma. Ingat tak? Itulah visible light yang mana ianya adalah sebahagian kecil daripada EMR. Setiap warna itu mempunyai panjang gelombang yang berbeza.

Kesannya kita akan nampak daun itu berwarna hijau kerana biasan cahaya daripada klorofil daun tersebut menghasilkan panjang gelombangnya hijau ~500nm namun kita tak nampak biasan cahaya infra red atau cahaya uv daripada daun tersebut.

Sinar UV

Sinar UV adalah salah satu daripada EMR namun kita tak dapat melihatnya. Yang kita dapat lihat adalah kesan sesuatu permukaan apabila dikenakan cahaya UV – sunburn. Selain matahari sinar UV boleh juga dihasilkan oleh manusia seperti tanning bed (apa yer bahasa melayu nya? Tempat tidur berjemur ), dan juga pancaran daripada kimpalan (welding torch) juga hasilkan sinar UV.

Julat panjang gelombang sinar UV adalah lebih panjang daripada Sinar X dan Cahaya boleh nampak iaitu antara 400nm – 100nm. Panjang gelombang UV yang pendek ini dapat menembusi kulit manusia lalu membakar  sel kulit.

Spektrum Sinar UV

Sinar UV yang terbentuk daripada matahari mempunyai 3 jenis panjang gelombang yang berbeza iaitu yang paling panjang UVA (400nm – 320nm) , pertengahan panjang UVB (320nm – 280nm) dan paling pendek UVC (280nm – 100nm).

Daripada ketiga-tiga sinar UV ini, hanya dua sahaja yang sampai ke bumi iaitu sebilangan besar adalah UVA dan peratusan kecil UVB (~90% diserap atmosfera). Manakala UVC telahpun diserap sepenuhnya oleh lapisan atmosfera disebabkan panjang gelombangnya yang pendek -nasib baik.

  • Sinar UVA: Sinaran jenis ini menembusi jauh ke dalam kulit (lapisan dermis), dan boleh menyebabkan penuaan dan kanser kulit pramatang.
  • Sinar UVB: Jenis sinaran ini hanya dapat menembusi lapisan luaran kulit (ephidermis) dan memberikan terhadap perubahan warna pada kulit anda jika berjemur lama di luar rumah – tan atau sunburn anda adalah hasil langsung dari sinar UVB.
  • Sinar UVC: Jenis sinaran ini sepenuhnya diserap oleh atmosfer bumi, dan tidak akan sampai ke kulit anda sehingga menyebabkan kerosakan. Nasib baik, ini adalah salah satu jenis sinaran UV yang tidak perlu anda bimbangkan.

Kebaikan sinar UV

Oleh kerana panjang gelombangnya yang pendek, sinar UV amat berkesan digunakan untuk pembasmian kuman. Sinar UV boleh membunuh pelbagai jenis organisma berbahaya.

Pembasmian kuman sinar UV selamat digunakan pada makanan serta perkhidmatan persediaan makanan dan barang bukan makanan. Kaedah pembasmian kuman sinar UV adalah bentuk fizikal dan tidak beracun, menjadikan ia selamat dan meluas digunakan di restoran, hospital, dan industri perubatan.

Perlindungan Sinar UV

Walaubagaimanapun perdedahan kepada sinar UV yang berlebihan boleh menyebabkan kulit terbakar (sunburn), kemerahan dan juga boleh menjadi kanser kulit. Jadi adalah lebih baik untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan  berlindung daripada UVA dan UVB yang berlebihan.

Ketembusan sinar UV terhadap kulit manusia – sumber gambar Google

Kaedah fizikal yang boleh diambil untuk berlindung daripada sinar UV adalah seperti:

  • Memakai topi yang lebar atau payung ketika cuaca panas.
  • Memakai baju yang berlengan panjang, seluar panjang atau jubah panjang.
  • Menggunakan produk perlindung matahari (sunscreen) yang bersesuaian.

Didalam memilih produk perlindung matahari, ada dua perkara yang perlu dilihat sebagai keberkesanan sesuatu produk dalam memberi perlindungan sinaran matahari iaitu PA dan SPF.

Apa itu PA?

PA adalah singkatan daripada Protection Guide of UVA. Sistem gred PA ni asalnya dibangunkan di Jepun bertujuan untuk memberitahu pengguna tingkatan perlindungan sesuatu produk daripada UVA.

Pada awalnya ujian yang dijalankan dipanggil Persistent Pigment Darkening (PPD) iaitu untuk merujuk kepada berapa lama kulit berubah menjadi gelap (tan). Sekiranya produk mempunyai PPD2 bermakna kulit akan dilindungi 2x lebih lama berbanding lama masa kulit yang tidak dilindungi.

Hasilnya

  • PA+ = PPD antara 2 ke 4 = Sedikit perlindungan UVA 
  • PA++ = PPD antara 4 ke 8 = Sederhana perlindungan UVA
  • PA+++ = PPD antara 8 ke 16 = Tinggi perlindungan UVA
  • PA++++ = PPD 16 keatas = Sangat tinggi perlindungan UVA

Disini dapat kita simpulkan PA adalah untuk lindung kulit kita daripada sinar UVA dan semakin banyak + semakin tinggi perlindungan produk tersebut.

Namun begitu kebanyakkan negara hanya menggunakan PA+++ sebagai had mereka dan tidak semua negara yang menghasilkan PA++++ disebabkan masih sukar dan tiada ketatapan cara sebagai kayu ukur untuk dikategorikan perlindungan matahari yang unggul.

Apa itu SPF?

SPF adalah singkatan daripada Sun Protection Factor. Ia adalah merujuk kepada kemampuan sesuatu produk dapat melindungi kulit kita daripada sinar UVB.

Kajian menunjukkan kulit yang terdedah kepada matahari dan tidak memakai apa-apa sunscreen dapat bertahan hanya sekitar ~ 10-20min sebelum terbakar (sunburn). Jadinya SPF adalah untuk melambatkan proses terbakar tersebut.

Produk yang SPF15 memberikan 15 kali masa untuk kulit dapat bertahan 15 x 10min = 150min ~2jam 30min. Bermaksud setiap ~2jam 30min hendaklah disapu semula untuk memberi perlindungan seterusnya.

Kesimpulan

Kita dapat lihat bahawa manusia memerlukan cahaya matahari kerana matahari mempunyai pelbagai jenis tenaga yang kita tidak nampak dengan mata kasar.Namun begitu pendedahan yang terlalu lama kepada cahaya matahari boleh juga memberikan kesan yang buruk kepada kulit manusia.

Penggunaan sunscreen adalah salah satu cara untuk lindungi kulit kita daripada sinaran UV. Memastikan penggunaan sunscreen (PA dan SPF) yang serasi dan sesuai dengan kulit sendiri serta produk yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya kepada kulit adalah satu langkah yang bijak.

Dermags telahpun menghasilkan 3 jenis produk untuk perlindungan UV iaitu

  1. BB Cushion SPF50 PA +++ 
  2. Refining Cream SPF 50 PA+
  3. Loose Powder SPF 15.

Boleh dapatkan secara online dibawah atau wasap Fiza  jika berminat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *