SCAR CORRECTOR SERUM DERMAGS Fungsi dan Kelebihannya - Dermags Skin Solution
Scar-Corrector-Serum

SCAR CORRECTOR SERUM DERMAGS Fungsi dan Kelebihannya

Scar Corrector Serum merupakan satu lagi inovasi yang telah berjaya dicapai oleh Dermags. Produk baru ini yang akan dilancarkan secara rasmi pada 20 November 2019 dan akan dijual secara rasmi pada 1 Disember 2019. Mari kita lihat apakah fungsi dan kelebihan Scar Corrector Serum Dermags ini.

Fungsi utama SCAR CORRECTOR SERUM DERMAGS ini adalah untuk merawat parut dan kesan luka lama , khusus untuk mereka yang ingin menghilangkan parut-parut jerawat yang nampak jelas dan menyebabkan permukaan kulit yang kelihatan tidak sekata.

Produk ini adalah sangat concentrate, bebas minyak (free oil), dan diformulasi dengan teknologi nano, jadi kulit anda akan dapat menyerap semua bahan aktif yang terdapat dalam serum ini secara optimum.

Produk ini juga dikatakan jika digunakan secara konsisten, InsyaAllah permukaan dan warna kulit anda yang tidak sekata disebabkan parut-parut lama akan menjadi lebih licin, halus, anjal dan semakin cerah berseri.

Oh ye, serum ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Penggunaan yang dicadangkan adalah sekali sehari pada setiap malam.

Scar-Corrector-Serum-Dermags
Scar Corrector Serum-Dermags

Bahan aktif dan kelebihan Scar Corrector Serum Dermags

Terdapat 4 bahan utama yang digunakan didalam penghasilan Scar Corrector Serum Dermags iaitu:

1. Andro EXⓇ

Andro EX Ⓡ atau nama panjangnya Andrographis Panicula Extract adalah bahan utama yang terdapat dalam Scar Corrector Serum Dermags . Bahan ini diekstrak daripada sejenis tanaman herba yang dikenali sebagai Daun Hempedu Bumi.

Daun Hempedu Bumi ini seperti diketahui memang berkesan didalam perubatan tradisional untuk merawat luka dan parut dan ia telah diinovasikan melalui Andro EX Ⓡ. Andro EX Ⓡ adalah hasil kajian saintifik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai oleh Dr Mariani sendiri. Hasil kajian Andro EX Ⓡ ini telahpun dipatenkan dan mencapai beberapa anugerah.

Andro EX Ⓡ ini juga telah diaplikasikan dengan teknologi nano untuk penyerapan yang lebih efisyen lagi yang mana bahan aktif Andro Ex Ⓡ telah dimasukkan (loaded) ke dalam partikel nano yang dipanggil nanomulgel. Nak tahu lanjut berkenaan teknologi nano dalam Dermags – klik sini

2. Beta Glucan (β-Glucan)

Satu lagi bahan penting yang terdapat dalam Scar Corrector Serum Dermags ialah β-Glucan. β-Glucan ialah sejenis polysaccharides semulajadi yang dihasilkan daripada rangkaian D-glukosa β-(1,3).

β-Glucan yang digunakan secara sapuan di atas permukaan kulit boleh meningkatkan sistem pertahanan kulit, mempercepatkan pemulihan kulit, dan mengembalikan fungsi kulit untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi.

3. Palmitoyl Hexapeptide-12

Selain Andro EX Ⓡ dan β-Glucan, Scar Corrector Serum Dermags juga mengandungi Palmitoyl Hexapeptide-12, iaitu sejenis bahan lipopeptide yang sangat penting dalam proses pembaharuan kulit. 

Palmitoyl Hexapeptide-12 dikatakan mampu merangsang kulit untuk menghasilkan elastin secara semulajadi. Elastin berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit. Palmitoyl Hexapeptide-12 juga membantu kulit menyerap bahan aktif yang lain dengan lebih berkesan, dan seterusnya membantu mencerahkan kulit secara semula jadi.

4. Alpha Tocopherol (Vitamin E)

Scar Corrector Serum Dermags juga mengandungi bahan antioksidan penting iaitu Alpha Tocopherolis, yang juga merupakan sejenis Vitamin E. AlphaTocopherolis membantu melindungi kulit dari kesan stress persekitaran yang boleh mempercepatkan kesan penuaan dan penghasilan garis kedutan.

Alpha Tocopherolis yang digunakan secara konsisten dalam jangka masa panjang, boleh mengelakkan kedutan dan kulit rosak. Selain itu, Alpha Tocopherolis  juga membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Anugerah dan Pencapaian

Berikut adalah beberapa anugerah dan pencapaian yang telah dimenangi hasil kajian AndroExⓇ :

1.Finalist, Tahun Pengkormersilan Malaysia 2018,17-20 Oktober 2018,Kuala Lumpur Convention Centre for Excellent Skin Repair: Andro EXⓇ for Wound Healing and Scar Treatment.

2. Most Promising Innovation, Bioeconomy Innovation Awards 2017,11-13 September 2017,Kuala Lumpur Convention Centre for Excellent Skin Repair: Andro EXⓇ for Wound Healing and Scar Treatment.

3.Gold Most Innovative Product, Biocconomy Innovation Awards 2017,11-13 September 2017,Kuala Lumpur Convention Centre for Excellent Skin Repair: Andro EXⓇ for Wound Healing and Scar Treatment.

4.Gold Most Commercial Ready Product, Bioeconomy Innovation Awards 2017.11-13 September 2017,Kuala Lumpur Convention Centre for Excellent Skin Repair: Andro EXⓇ for Wound Healing and Scar Treatment.

5.Gold Medal Award,17th Industrial Art &Technology Exhibition(INATEX) 2015,3-5 November 2015, UTM JB for Andro EX Ⓡ Wound & Scar Treatment Gel.

Harga Scar Corrector Serum Dermags

Harga bagi SCAR CORRECTOR SERUM DERMAGS 30ml adalah RM 189.90 .Boleh dapatkan di catalog

Kesimpulan

Scar Corrector Serum Dermags dirumus khas bagi membantu dalam merawat luka dan parut-parut jerawat dimuka. Menjadi satu trademark signature kepada Dermags iaitu menghasilkan produk skin care yang berkualiti tinggi dengan menggunakan bahan semulajadi yang terdapat di Malaysia iaitu Alpha Mags (kulit manggis) dan kini Andro EX Ⓡ (daun hempedu bumi).

Diharapnya Dermags, khususnya Dr Mariani tidak berhenti disini , malah dapat terus berkarya dalam kajian penghasilan produk skincare yang berkualiti dari bahan semulajadi tanah air kita. Tahniah Dermags

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *