Dermags dan Teknologi Nano - Dermags Skin Solution
Dermags-dan-teknologi-nano

Dermags dan Teknologi Nano

Dermags dan Teknologi Nano.

Teknologi nano sekarang ni begitu meluas digunakan dalam penghasilan produk terutamanya dalam bidang perubatan dan juga bidang kosmetik.

Masing-masing berlumba lumba untuk menghasilkan produk yang berasaskan teknologi nano.

Dermags juga sebenarnya adalah salah satu produk yang berjaya dihasilkan dengan berasaskan teknologi nano.

Oleh itu Dermags telahpun berkerjasama dengan Nano Malaysia Berhad sejak 2019 lagi bagi tujuan penyelidikan dan pemantauan teknologi nano yang dihasilkan agar memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Dermags ada teknologi nano? Bagaimana dia berfungsi? Apa kaitannya teknologi nano ni dengan produk skincare?

Mula-mula dulu Fiza pun tak faham apalah teknologi nano ni dengan Dermags. Setelah Dr Mariani explain baru faham sikit. Banyak jargon yang nak kena faham kalau cerita bab ni. Namun Fiza cuba ceritakan apa yang Fiza faham dan harapnya korang pun faham jugaklah yer.

Proses teknologi Nano dalam Dermags

Untuk kita memahami apa itu teknologi nano dalam Dermags,,ada baiknya kita lihat proses penghasilan produk Dermags terlebih dahulu.

Seperti yang kita semua tahu bahan aktif utama Dermags ni adalah daripada Alpha Mags. Jadi start dari kulit manggis (raw material) kemudian diekstrak untuk dapatkan Alpha Mags dalam bentuk serbuk halus (powder).

Serbuk halus Alpha MAGs ini kemudianya dimasukkan (loaded) ke dalam Niosomes. Niosomes yang sudah dimasukkan Alpha Mags inilah akan digunakan untuk menghasilkan produk Dermags.

Haa niosomes ni lah juga yang dikatakan teknologi nano tu.

Proses Teknologi Nano Dermags
Proses Teknologi Nano Dermags

Apa itu Niosomes?

Ok…macam nilah. Dermags menggunakan niosomes (nonionic surfactant vesicles) , iaitu sejenis nano-scale delivery system.
Apa pulak Surfactant tu ? dan apa pulak nano-scale delivery system tu? Banyak kan jargon yang memeningkan tapi seronok.

Surfactant ni adalah singkatan daripada Surface Active Agent. Jika kita lihat air dan minyak, molekul dia tak boleh bercampur kan? tapi surfactant ni dia boleh geng antara dua bahan yang tak boleh bercampur. Struktur molekul dia ada ekor (hidrofobik) dan kepala (hidrofilik) . Jadi sebab tu surfactant ni banyak digunakan sebagai agent pembersih atau pencuci macam sabun.

Surfactant dalam pencuci, ekornya (hidofobik) suka minyak akan memerangkap minyak/kotoran dan kepalanya (hidrofilik) suka air,,jadi sorang tarik minyak sorang tarik air seterusnya membentuk seperti bulat yang dipanggil micelle supaya minyak/kotoran tertanggal dari permukaan dan boleh dibilas dengan air.

Struktur Niosomes.
Sumber gambar (Dermags)

Jadi konsep surfactant digunakan dalam Niosomes untuk membetuk Nano-scale delivery system. Niosomes tu Fiza boleh kata macam kederaan,contoh keretalah.

Kereta yang penuh sarat dengan alpha mags. Surfactant dalam niosomes tu akan memerangkap Alpha Mags dan akan membawa Alpha Mags ke tempat yang nak dituju.

Tapi saiz kereta ni sangat-sangat kecil, dalam julat nanometer, atau 10^-9. Boleh imagine tak halus macam mana tu?? hahahha. Sebab tulah kita panggil dia teknologi nano.

Macam cerita Ant Man tu,,pernah tengok tak?,,tapi takderlaa sampai tahap saiz quantum macam dalam cerita tu..hihi

Dermags hasilkan sendiri tau niosomes di kilang Dermags dan mendapat kelulusan (certification) daripada Nano Malaysia. Jadi ianya selamat digunakan.

Perjalanan niosomes bersama Alpha Mags kedalam kulit. Sumber gambar (Dermags)

Kelebihan Menggunakan Teknologi Nano

Kita mesti terpikir,,buat apa laa susah susah nak buat semua ni, nak masukkan bahan aktif alpha-mags ke dalam niosomes lah. Sapu jer terus ke kulit tak boleh ke?

Allah SWT menjadikan kulit manusia ni sebagai agent perlindung (protection) yang paling hebat.

Jika kita lihat di gambar tadi,,untuk Alpha Mags tu sampai ke target area (contoh melanocyte) di kawasan basel dan dermis,, dia kena lalui beberapa lapisan kulit.

Sedia maklum lapisan kulit ni terdiri daripada banyak lapisan iaitu yang asas Epidermis, Dermis, dan Hypodermis. Lapisan yang paling atas iaitu Epidermis tu pun terbahagi kepada beberapa lapisan lagi (stratum corneum hingga stratum basale).

Semua ni dijadikan untuk lindungi kita daripada bendasing luar seperti bakteria, sinar UV dan sebagainya. Sebab tu kalau kita berenang,,air tak masuk dalam badan kita. Hebat kan

Jadi saiz niosomes yang sangat kecil ini dapat membantu untuk kita menghantar bahan aktif Alpha Mags hingga ke lapisan basal dan merawat dibahagian tersebut. Basal layer ni pula ialah bahagian kulit paling bawah. Di sinilah kolagen dan sel-sel kulit baru dihasilkan.

Alpha Mags membantu menggalakan penghasilan kolagen seterusnya menggalakkan penghasilan sel-sel kulit baru. Sel-sel kulit baru ini akan bergerak ke bahagian permukaan luar kulit secara perlahan-lahan untuk menggantikan sel kulit lama yang telah mati (skin cycles). Kalau tiada niosomes ni tak sampailah Alpha Mags ke lapisan basal tu ..

Fiza pernah tanya Dr Mariani,,kita boleh control ke niosomes ni supaya dia boleh bawa ke tempat yang kita nak?.. Dia kata boleh, kita namakan control release system. Jangan tanya Fiza macam mana sistem ni berfungsi yer..hihi.. cuma yang boleh faham, kita boleh control dia untuk masuk sampai lapisan basal yg mengandungi melanocytes & fibroblast cell. Kemudian bahan active (alpha MAGs) akan release from niosomes pada lapisan tersebut. Jadi keberkesanan produk akan lebih meningkat.

Produk Dermags yang dihasilkan daripada Teknologi Nano

Jadi semua produk Dermags ada teknologi nano ke?

Tidak semua.

Produk Dermags yang diaplikasikan kepada teknologi nano ada empat iaitu Cleanser, Softener , Serum dan Scar Corrector Serum. Sebab keempat-empat produk ni yang mengandungi bahan aktif Alpha Mags (Cleanser, Softener, Serum ) dan Andro Ex (Scar Corrector Serum) yang memerlukan rawatan hingga ke akar umbi. Produk Dermags yang lain tu lebih kepada untuk merawat bahagian luar kulit. Dan bila kita perasan bila kita guna keempat-emapt produk ni cepat jer dia serap ke kulit kan. Tengok -tengok dah hilang. Itu lah keberkesanan teknologi nano.

Boleh dapatkan keempat-empat produk ni di catalog

Sijil Pengiktirafan daripada teknologi Nano

Baru- baru ini Dermags telahpun secara rasmi mendapat Sijil pengiktirafan daripada Nano Verify Sdn. Bhd dan SIRIM QAS International Sdn. Bhd yang mengiktiraf produk Dermags mempunyai teknologi nano. Dermags merupakan syarikat skincare yang pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan daripada Nano Verify Malaysia.

Produk yang telah mendapat sijil pengiktirafan tersebut adalah Softener, Serum dan Scar Corrector Serum. Insyallah Cleanser akan menyusul kemudian nanti.

Nano-Certificate-Dermags-Softener
Certificate of Nano Verify – Dermags Softener
Nano-Certificate-Dermags-Serum
Certificate of Nano Verify – Dermags Serum
Nano-Certificate-Dermags-Scar-Corrector-Serum
Certificate of Nano Verify – Dermags Scar Corrector Serum

Kesimpulan

Jadi kita tahu niosomes di dalam teknologi nano digunakan sebagai “kenderaan” untuk membawa bahan aktif ke tempat yang hendak dirawat. Ianya selamat selagi mana bahan aktif yang digunakan itu juga selamat. Dunia skincare semakin hari semakin canggih dan bila tahu Fiza rasa bangga ada produk kecantikan yang berteknologi canggih seperti Dermags ni mampu dihasilkan oleh saintis Malaysia sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *