2 Cara mudah untuk fahami Ingredient Skincare - Dermags Skin Solution
Skincare-Ingredient

2 Cara mudah untuk fahami Ingredient Skincare

2 Cara mudah untuk fahami Ingredient Skincare. Pernah tak kita baca bahan ramuan atau ingredients produk skincare atau kosmetik yang kita beli? Ke tak pernah baca atau main beli jer? atau pun baca tapi tak faham kan,,betul tak? Yer memang agak sukar nak fahami ingredient produk,,sebab semuanya dalam bentuk istilah kimia.. yer lah kita bukan ahli dermathology atau ahli kimia,,memang tak faham.

Pada entri kali ini Fiza ingin kongsikan 2 cara mudah yang selalu Fiza gunakan sebagai rujukan untuk fahami ingredients sesuatu produk skincare.

1. COSDNA

Cosdna adalah satu laman web yang boleh kita gunakan untuk analisis sesuatu ingredient tidak kira skin care atau kosmetik. Mudah sahaja caranya, hanya masukkan senarai ingredient produk ke ruangan Analyze Cosmetic .

Untuk analisis ingredient menggunakan Cosdna

Untuk masukkan senarai ingredient di ruangan ini kita boleh lakukan samada melalui gambar atau taip sendiri. Jika malas nak taip boleh juga masukkan ingredient melalui gambar. Kita hanya ambil gambar ingredient kemudian upload. Nanti dia akan convert kepada text. Cuma kaedah melalui gambar ni kadang-kadang tidak terlalu tepat untuk dia capture dan convert kepada text. Lebih baik taip untuk keputusan yang lebih tepat.

Kemudian setelah dapat keputusan analisis,kita boleh uploadkan keputusan analisis produk tersebut untuk rujukan orang lain. Hanya masukkan nama jenama dan nama produk kemudian tekan Upload Product.

Untuk jenama produk yang popular contohnya seperti Dermags,, boleh sahaja cari terus keputusan analisis produk tersebut di ruangan Product Search. Sudah ada orang lain uploadkan keputusan analisis ingredient produk tu.

Keputusan Analisis Cosdna

Keputusan analisis di cosdna terbahagi kepada 4 bahagian.

1. Function :  Menunjukkan fungsi sesuatu ingredient di dalam produk tersebut.

2. Acne / Comedogenic : Menunjukkan adakah ingredient tersebut kebarangkalian boleh mendatangkan jerawat . Semakin rendah nombor menunjukkan semakin rendah kebarangkalian 0 ~ 5

3. Irritation : kebarangkalian mendatangkan kerengsangan pada kulit. Semakin rendah nombor menunjukkan semakin rendah kebarangkalian 0 ~ 5

4. Safety : Indeks keselamatan sesuatu ingredient 1-10. Angka yang lebih rendah bermakna ingredient ini adalah selamat dan tidak berbahaya. Indeks Keselamatan adalah tumpuan indeks komprehensif mengenai keselamatan penggunaan jangka panjang, menurut laporan berbahaya dari CIR, RTECS, FDA dan maklumat lain yang berkaitan. Tujuan indeks lebih cenderung untuk menilai sama ada kecederaan jangka panjang kulit, sel atau badan manusia.

Keputusan analisis Serum Dermags menggunakan Cosdna

Sumber data yang cosdna berikan adalah data termasuk dari pakar antarabangsa, institusi dan penerbitan. Jika mana-mana tiga ruangan adalah kosong, bermakna ingredient ini tidak ada data (tidak menunjukkan ingredient yang selamat atau tidak selamat).

2. SKINCARISMA

Selain Cosdna,satu lagi laman web yang Fiza selalu gunakan untuk rujukan ingredient iaitu Skincarisma. Di skincarisma analisisnya lebih terperinci dan presentation dia lebih cantik sikit. Keputusan analisis dibuat dalam bentuk warna dan icon untuk lebih menarik dan mudah faham.

Cara analisisnya juga mudah sama seperti Cosdna. Kita hanya perlu masukkan senarai ingredient produk ke ruangan Cosmetic Analyzer.

Untuk analisis ingredient menggunakan Skincarisma
Icon di Skincarisma

Keputusan Analisis Skincarisma

Kita akan dapati keputusan analisis produk di bahagikan kepada 5 bahagian.

1. Quick Notes

Pada bahagian quick notes ini kita akan dapat lihat secara pantas produk tersebut ada atau tidak bahan-bahan seperti berikut:

Paraben Free – bahan pengawet daripada paraben

Sulfate Free – agen pembersih dari sulfat

Alcohol Free – ada alkohol atau tidak

Silicon Free – ada silikon atau tidak

EU Allergen Free – ada bahan yang mendatangkan alergik atau tidak

Fungal Acne (Malassezia) Safe – ada bahan yang trigger jerawat kulat/jerawat pasir

Bahan yang tiada unsur seperti diatas akan ditanda right dan warna hijau manakala jika produk tersebut mengandungi unsur diatas akan ditanda X dan diwarnakan kelabu.

Namun begitu keputusan yang ditunjukkan tidaklah 100% tepat,,contohnya icon Fungal Acne (Malassezia) Safe. SkinCarisma telah melakukan yang terbaik untuk mengenal pasti seberapa banyak bahan ramuan yang mungkin trigger kepada Malassezia tetapi jika anda dapati icon warna hijau dan bebas Malassezia mungkin tidak 100% tepat kerana syarat-syarat kompleks dan kemungkinan gabungan bahan-bahan yang lain dalam produk tersebut boleh juga mengakibatkan Malassezia

Di samping itu, jika produk tersebut ada trigger Malassezia (warna kelabu) mungkin tidak semestinya memburukkan lagi keadaan kerana kepekatan ramuan yang digunakan dalam produk tersebut.

2. Notable Effects & Ingredients

Pada bahagian ini adalah untuk membantu kita mengenal pasti bahan ramuan penting dalam sesuatu produk dan keberkesanannya pada masalah kulit kita. Jadinya kita dapat mengenal pasti kesan penggunaan bahan tersebut seperti jerawat, cerah, perlindungan UV, penyembuhan luka & anti-penuaan dan sebagainya.

Sila ambil perhatian bahawa ramuan berbeza yang berbeza mempunyai tahap penyelidikan yang berbeza di belakangnya, ada yang terbukti dengan baik tetapi ada yang mempunyai penyelidikan campuran dalam keberkesanannya.

Hanya kerana produk tidak mengandungi ramuan yang tidak penting, tidak bermakna ia buruk. Dan produk dengan ramuan yang ketara (atau bahkan banyak) tidak semestinya menjamin keberkesanan produk tersebut. Terdapat faktor lain seperti kualiti bahan, kepekatan dan formulasi yang akhirnya akan menentukan ini.

3. Ingredients Related to Skin Types

Dalam ruangan untuk menunjukkan produk tersebut sesuai untuk jenis kulit anda. Ada 3 jenis kulit yang disediakan  iaitu kulit kering ( dry skin), kulit berminyak (Oily/Acne prone skin) , dan juga kulit sensitif (Sensitive skin). 

Seperti yang diberitahu,ruangan ini hanyalah sebagai rujukan sahaja. Produk yang mengandungi bahan-bahan yang baik atau buruk untuk jenis kulit tidak semestinya membuat seluruh produk baik atau buruk untuk kulit anda. Terdapat faktor lain seperti kualiti bahan, kepekatan dan perumusan yang akhirnya akan menentukan reaksi kulit anda.

4. Ingredient Safety Breakdown (EWG Health Ratings)

Ruangan ini menunjukkan tahap keselamatan penggunaan produk tersebut mengikut peratusan % tahap risiko. Low risk, Moderate Risk, High Risk & Unknown. Pecahan peratusan ini mengikut klasifikasi EWG (Environment Working Group). Jadi bolehla kita lihat produk ni berisiko tinggi atau tidak bila digunakan.

Keputusan analisis Serum Dermags menggunakan Skincarisma

5. Product Ingredient List

Dan bahagian terakhir dalam analisis skincarisma adalah senarai ingredient dan fungsinya. Di ruangan ini bolehla kita lihat satu persatu fungsi ingredient yang kita senaraikan dalam produk tersebut.

Sebahagian Keputusan analisis Serum Dermags menggunakan Skincarisma

Kesimpulan

Kedua-dua laman web ini sangat membantu dalam kita memahami dengan mudah dan cepat ingredient yang digunakan sesuatu produk skincare. Kita boleh lihat dengan mudah satu persatu fungsi bahan yang digunakan dalam produk tersebut.

Namun begitu janganlah kita terlalu taksub dengan keputusan analisis yang diberikan. Kedua-dua laman web tersebut juga suruh kita jadikan ianya sebagai rujukan dan guideline sahaja dalam memilih sesuatu produk. At least, takdelah kita guna produk yang ada chemical yang bahaya.

Apa  yang boleh Fiza katakan, sekiranya perlu rujuk pakar untuk info yang lebih lanjut berkenaan sesuatu bahan ramuan, silakan. Kita sahaja yang faham kulit kita ni macam mana. Bila dah jumpa produk yang baik dan sesuai dan serasi ,,teruskan,,go on, istiqomah..dan bila jumpa produk yang tak serasi,, tinggalkan,,cari yang lain..senangkan,, 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *