Dr Mariani Pengasas Dermags - Dermags Skin Solution
Dr-Mariani-Pengasas-Dermags

Dr Mariani Pengasas Dermags

Dr Mariani binti Abdul Hamid adalah pengasas atau founder bagi Dermags Skincare. Beliau merupakan Ketua Penyelidik Unit Kosmeseutikal dan Wangian Institut Pembangunan Biopro Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliaulah yang telah menemui komponen penting didalam kulit manggis yang dipanggil Alpha Mags yang didapati baik untuk merawat kulit manusia.

Pendidikan awal

Dr Mariani dilahirkan di Sik, Kedah, pada 20 Oktober 1977. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sik, di mana dia cemerlang dalam kebanyakan bidang, terutamanya sains dan matematik.

Dia juga seorang pelajar yang rajin dan pintar yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dari Sik Kedah ke Seoul Korea

Dr Mariani kemudian melanjutkan pelajaran ke Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan mendapat biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 2000.

Pada tahun 2007, dia kemudian melanjutkan pelajarannya di peringkat Kejuruteraan Bioproses  dan memperoleh Ph.D. dalam Kejuruteraan Biokimia dari Universiti Dongguk di Seoul, Korea pada tahun 2009.

Dia memfokuskan penyelidikan PhDnya pada pencerahan kulit, anti penuaan, penyembuhan luka, pemulihan kulit, dan penyelidikan praklinikal dan klinikal.

Dr Mariani menemui bahan aktif Dermags

Profesor Park Chang Sheo, Pengarah Institut Penyelidikan Kosmetik Antarabangsa Korea, merupakan supervisor kepada penyelidikan Dr Mariani di Korea.

Professor Park juga merupakan pakar kosmetik dalam perniagaan kosmetik Korea, setelah bekerja di syarikat kosmetik mewah seperti IOPE, LANEIGE, SULWHASOO, HANSKIN, TONY MOLY, dan lain-lain.

Hebat penyelia Dr Mariani ni, bukan calang-calang orang.

Semasa membuat kajian di Korea, Dr Mariani mendapati bahawa Alpha Mangostin, iaitu salah satu komponen cosmeceutical yang diasingkan daripada beberapa komponen yang terdapat pada kulit manggis.

Dr Mariani berkata terdapat 11 komponen didalam kulit manggis dan hanya satu sahaja komponen (Alpha Mangostin) yang boleh digunakan bagi tujuan mencerahkan kulit.

Hasil kajiannya mendapati Alpha Mangostin ini mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi dan mungkin dapat menekan melanogenesis iaitu proses penghasilan melanin daripada kelenjar melanocytes. Bahasa mudahnya dapat kurangkan proses penghasilan jeragat.

Selepas daripada itu, ketika kembali dari Korea Selatan pada awal 2012, Dr Mariani menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membina prototaip Alpha Mangostin.

Dengan berkat usaha gigih beliau alpha mangostin kini telah dapat digunakan sebagai alternatif yang baik dan selamat untuk menggantikan bahan kimia dalam aplikasi kosmetik.

Dr-Mariani-bersama-Prof-Park
Dr Mariani bersama penyelia beliau Prof Park Chang Sheo

Penubuhan Dermags

Dr Mariani bermula sebagai pensyarah kanan di Jabatan Bioproses Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2012.

Dia juga merupakan ahli kumpulan penyelidikan Institut Pembangunan Bioproduk sebagai rakan (IBD, UTM).

Daripada situ hasil usahasama dengan UTM pada tahun 2014, Dr Mariani mengasaskan sebuat syarikat yang diberinama Bio-pro Resources Sdn Bhd.

Dr-Mariani-di-makmal
Dr-Mariani-di-makmal2
Dr Mariani bersama rakan-rakan penyelidik beliau

Dibawah syarikat tersebut, mereka berjaya menghasilkan produk pertama mereka yang diberi jenama DERMAGs®. Dermags adalah hasil gabungan nama antara Derm (Kulit) dan Mags (Alpha Mangostin).

Produk pertama Dermags yang berjaya dilancarkan pada tahun 2015 adalah Dermags Serum (Dermags Intensive Brightening Serum) dan ianya merupakan yang produk skincare pertama di Malaysia yang menggunakan alpha mangostin sebagai bahan aktif.

Rentetan dari situ , DERMAGs® telah berkembang dari penghasilan satu produk ke produk yang lain dan bermulalah DERMAGs® sebagai salah satu jenama produk skincare premium yang berjaya dihasilkan di Malaysia malah setara dengan jenama Korea teratas yang lain.

DERMAGs® juga selamat digunakan kerana tidak termasuk unsur kimia berbahaya, memastikan pengguna tidak mengalami kesan sampingan yang negatif. Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan  sebagai produk yang selamat di bawah NPRA dan juga telah disahkan HALAL oleh pihak JAKIM.

Dermags-Akhbar-Mingguan-Malaysia
Dermags keratan akhbar Mingguan Malaysia 16 April 2017
Dr-Mariani-bersama-serum-pertama
Dr Mariani bersama Serum yang pertama dihasilkan Dermags

12 thoughts on “Dr Mariani Pengasas Dermags”

  1. Saya berbangga dengan Dr Mariani Abdul Hamid kerana telah mengkomersialkan hasil penyelidikan beliau di Universiti Dongguk, Seoul. Saya merupakan penggunaan DERMAGs sejak tahun lepas. Alhamdulillah. Antara item yang paling saya suka adalah Softener & Scar Corrector Serum. Sangat membantu merawat masalah kulit saya terutamanya masalah jerawat & parut. Semoga DERMAGs terus maju & mendapat tempat ke pasaran antarabangsa.

  2. Nor Ashikin Abdul Hamid

    Alhamdulillah dah 3 tahun menggunakan Dermags UTM ni. Sgt puas hati. Jerawat dah Tak berani naik lg. Jeragat pun berkurang byk berbanding mula2 dulu. Recommended utk sape2 yg sedang mencari produk selamat tapi berkesan 😊

  3. Zulfa Izza Hashim

    Terbaik #dermagsskincare 👍 halalan toyyiban, berkualiti dan mendapat kelulusan KKM🥰 Dah lama cari produk yg memenuhi kriteria macam ni. Setaraf produk antarabangsa. Tahniah² anak Malaysia, Dr. Mariani Abdul Hamid atas penghasilan DERMAGs Skincare ini💖

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *