Nak kulit Flawless jangan harapkan skincare sahaja - Dermags Skin Solution
Jangan-harapkan-skincare-sahaja

Nak kulit Flawless jangan harapkan skincare sahaja

Nak kulit Flawless jangan harapkan skincare sahaja.

Jika nak kulit kita ploless, gebu,, jangan harapkan skincare sahaja. Pada Fiza skincare tu just surface sahaja atau mungkin 20% sahaja,, benda yang paling penting sekali kena jaga adalah – JAGA MAKAN. Kebanyakan customer yang Fiza consult,, Fiza akan membebel bab ni,,hihi

Jaga makan yg fiza maksudkan bukanlah kita kena diet tak makan,, lepastu makan makanan junk food dgn harap takut gemuk.. No..

Jaga makan disini kita kena ubah menu makanan kita,, makan macam biasa,, katalah makan 3x sehari,, its okay,, tapi time makan tu cuba jangan ambil makanan ini

1. Gula

2. Makanan terproses (roti, sekut, kek, air tin, etc)

3. Junk food

Banyakkan makan yang real food, yang alami,, yang natural seperti Buah buahan, sayur-sayuran, Ayam ikan, daging, telur,,

Kalau macam Buah buahan dekat rumah Fiza memang kami makan macam makan nasik,, sesikat pisang tu tak sampai tengahhari dah licin. Alhamdulillah budak-budak pun memang hantu buah juga,, dan Fiza memang wajibkan invest hari-hari beli buah dan pastikan buah sentiasa ada di rumah,, tak kiralah buah apapun. Orang kata mahal,, tapi bila kita dah cut benda-benda junk food dan start beralih kepada beli buah,, sebenarnya sama jer belanjanye..Alhamdulillah Malaysia ni masih banyak hasil buah lagi.

Buah buahan sangat bagus untuk kesihatan. Sumber gambar Google

Lagi satu kurangkan makan nasik,, makan lauk banyak takper..kalau pergi kenduri tu ambil banyak lauk jer,,nasik sesudu atau setengah senduk cukup.Selalu selalu lah puasa,,,tak dapat puasa siang,,puasa malam,,malam jangan makan. Panjangkan masa tak makan daripada makan.

Tidur awal,, kalau boleh lepas isyak dah tidur,, takyah nak stayback bagai buat kerja,, bangun pagi-pagi. Pukul 4 ke 5 pagi dah bangun dan mandi,,, then lepas subuh tu kuarkanlah sikit peluh,, sapu laman ke,, ngemas rumah ke,,pusing-pusing taman ke. Semua ini bagus untuk kurangkan kau punya stress dan badan jadi segar. Tak percaya,,pernah tak dulu masa study memang suka stayback,,tidur pukul 2 ke 3 pagi dengan alasan study,,walhal setiap kali bangun pagi badan jadi letih giler dan tak bermaya..betul tak?,,Fiza pun buat macamtu jugak dulu tapi sekarang dah taubat dah,,hihi

Cer try sebulan ubah style makan dan cara hidup tu,, its good for your health and skin,, Insyallah

Sekali sekala,,kalau terasa nak makan kek tu makan jer lah sikit,,janganlah rigid sangat,,lepastu pandai-pandailah cover balik,,tapi pengalaman nak bagitau,,bila Fiza dah terbiasa stop 3 benda yang atas tadi,,automatik lidah ni rasa tak sedap dah nak makan benda-benda macam tu lagi,,Ini pengalaman sendiri dan Fiza sendiri praktikkan hingga hari ini. Just nak share sahaja. Bagi Fiza,,bila badan sihat,amalkan gaya hidup yang sihat,permakanan yang berkhasiat,,automatik kulit juga akan sihat dan flawless.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *