4 produk Dermags untuk Kulit Kering, Jeragat atau Kusam - Dermags Skin Solution
Trial Set B

4 produk Dermags untuk Kulit Kering, Jeragat atau Kusam

Kulit kering biasanya berlaku kepada mereka yang sudah berumur berbanding remaja. Ini disebabkan kurangnya penghasilan sebum (minyak) semulajadi yang berfungsi untuk melembabkan kulit.

Banyak faktor juga yang menyebabkan berlaku kepada masalah kulit kering antaranya faktor cuaca atau persekitaran, gaya hidup, pemakanan yang kurang sihat,salah guna produk yang merbahaya,genetik dan sebagainya.

Kulit kering biasanya berlaku masalah kulit berjeragat dan kusam.

Produk Dermags yang sesuai untuk kulit kering

Untuk entri kali ini Fiza hanya ingin fokus kepada produk Dermags yang mana harus anda gunakan sekiranya kulit anda adalah jenis kulit kering dan mempunyai masalah jeragat atau kusam. Jadi, anda cuma fokus kepada produk yang anda benar-benar perlu sahaja.

4 produk Dermags untuk kulit kering

Produk Dermags yang harus anda guna adalah:

1. Dermags Cleanser

Cleanser bertujuan untuk membersihkan segala jenis kotoran dan menyingkirkan sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit.

2. Dermags Moisturiser

Moisturiser bertujuan membantu mengawal dan mengekalkan kelembapan kulit kering.

3. Dermags Refining Cream

Kulit kering harus mendapat perlindungan dari sinar matahari. Refining Cream adalah untuk memberi perlindungan kepada kulit daripada sinaran UV dengan SPF50 PA+

4. Dermags Serum

Serum untuk merawat sel-sel kulit dari lapisan kulit paling dalam, dan menggalakkan proses penggantian sel kulit baru lebih efisien. Dengan itu sel-sel kulit kering (sel kulit mati) dapat digantikan dengan sel kulit yang baru dengan lebih baik.

Set Trial Dermags untuk Kulit Kering - Newbie

Jika anda adalah kulit kering dan baru untuk cuba Dermags, TRIAL SET B adalah sesuai untuk anda.

TRIAL-SET-B sesuai untuk kulit kering
TRIAL SET B sesuai untuk kulit kering

Trial Set B ada semua item 1 hingga 4 seperti diatas tetapi saiznya lebih kecil daripada Loose item.

Saiz item dalam Trial Set B adalah sesuai untuk penggunaan 2 kali sehari dan boleh tahan selama 1 bulan.

Cara Guna Trial Set B

Tempoh bertenang untuk kulit kering

Sebelum beralih kepada produk baru, adalah lebih baik kita bagi rehat dulu kepada kulit kita supaya dia tak terkejut dengan bahan aktif yang baru. 

Jika guna Dermags, kalau boleh stopkan dulu produk yang ada sebab Fiza tak berapa galakkan untuk kita campur-campur produk dalam tempoh bertenang sebab tak pasti kesan campuran bahan aktif daripada produk yang berlainan.

Tempoh bertenang ni Fiza bahagi kepada dua iaitu produk apa yang harus pakai semasa tempoh bertenang dan selepas tempoh bertenang.

Tempoh bertenang yang baik ialah 1 bulan dan ke atas.

Semasa Tempoh bertenang

Ramai yang tanya dalam masa tempoh bertenang tu kita tak boleh guna apa-apa produk ke?

Boleh, tapi bukan semua item boleh guna.

Selalunya Fiza akan cadangkan guna semua item dalam list 1 – 4 di atas, kecuali SERUM. Serum minta simpan dulu yer sekurang-kurangnya sebulan. Sebab apa? Nanti Fiza ceritakan.

Cara guna :

Siang: Cleanser -> Moisturiser -> Refining Cream

Malam: Cleanser -> Moisturiser 

Guna item ini sahaja dulu dalam tempoh bertenang ye. 

Selepas Tempoh Bertenang

Selepas tempoh bertenang,bukan bermakna boleh terus guna serum. Lihat dulu kondisi kulit macam mana yer. Adakah serasi atau tidak dengan Alpha Mags (bahan aktif Dermags). Jika anda rasa kulit serasi dan juga rasa lebih better dari sebelum mula pakai Dermags, boleh laa apply Serum.

Pakai Serum sekali sehari cukup. Calit sikit sahaja yer, sudah mencukupi.

Jadi selepas tempoh bertenang, flownya jadi macam ni :

Siang: Cleanser -> Moisturiser -> Refining Cream

Malam: Cleanser -> Serum -> Moisturiser -> Refining Cream

Sebab apa Fiza suruh simpan dulu SERUM dalam tempoh bertenang?

Pertama: Supaya kulit lebih bersih, sihat dan akan jadi lebih serasi dengan Dermags.

Kedua: Kandungan Alpha Mags dalam SERUM adalah sangat pekat, berbanding CLEANSER. SERUM merawat hingga ke lapisan bawah kulit (basal layer). Jadi jika ada segala toksin & jeragat dibawah lapisan kulit kering, semua akan dikeluarkan secara agresif. Di khuatiri jika kulit belum ready, seeloknya lepas sebulan baru apply serum, biar slow and steady ok.

Kesimpulan

Jadi untuk Newbie yang kulitnya adalah jenis kulit kering dan berminat untuk cuba Dermags, produk yang sesuai untuk anda adalah Trial Set B.

Selepas anda rasa serasi, teruskan rutin seperti flow diatas dan jika habis boleh beralih kepada Beauty Set B atau hanya perlu topup dengan Loose Item sahaja yang mana saiznya adalah lebih besar. okep

Boleh lihat Set B di catalog

8 thoughts on “4 produk Dermags untuk Kulit Kering, Jeragat atau Kusam”

  1. Assalamualaikum…saya pengguna newbie product dermags…usul saya agar dlm pamphlet diletakkan cara penggunaan utk setiap product yg direcommend…sbb saya confius …how use them…which should be use first and so on….no proper guidance…tqvm

  2. Saya order barang melalui dropship sejak 24 dec. Barang (serum) & intensive rawatan jeragat masih x sampai sehingga skrg. Alasannya system hq ada prob. Kemudian pos laju ada prob. End up saya baru find out y dermags xde product intensive utk rawatan jeragat..product company lain rupanya….

    1. Salam pn Ida.. system HQ so far tiada masalah,,boleh whatsapp saya dan berikan nombor agent dropship yang pn Ida berurusan? saya akan cuba bantu untuk tanyakan ke HQ berkenaan perkara ini yer

  3. Boleh tak klu nk cadangkan agar refining cream tu guna tube macam pencuci muka tu tp biar mulut nye kecik lagi bkn macam bekas sekarang untuk elakkan dari pembaziran dan comot bekas nya. Jadi bila kita bawa pegi keje atau travel lebih sesuai

    1. Setakat ni perkara macam ni amat jarang berlaku disebabkan Dermags tiada bahan-bahan chemical yang merbahaya. Jika ada pun disebabkan history skincare pengguna itu sendiri yang sebelum ni menggunakan skincare yang mengandungi bahan bahan yang merbahaya seperti mercury, hydroquinone dan sebagainya yang menyebabkan kulit pengguna semakin menipis dan sensitif. Dermags juga merawat kulit dari lapisan dalam. Kalau ada kotoran atau impurities memang dia akan keluarkan masa mula2 guna. Lama2 bila dah habis, jerawat akan stop. Puan boleh jelaskan pada saya secara wasap produk Dermags mana yang puan guna sekarang untuk kami tahu lebih detail lagi yer.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *